"Awak,saya suka awak . Dah lama saya pendam . Ni la masanya untuk saya luahkan kat awak . Sudi kah awak jadi isteri saya ? Tolong la , terima . Saya sanggup buat apa-apa saja asalkan awak terima saya ." kata seorang lelaki yang beragama Islam.
"Betul awak suka saya ? Betul awak nak kahwin dengan saya ? Betul awak sanggup buat apa-apa untuk saya ? " kata perempuan Yahudi itu.
"Ya ! Saya sanggup buat apa-apa pun untuk awak . Awak cakap je apa yang saya perlu buat" jawab lelaki itu dengan yakin..
" Saya nak awak penggal kepala mak awak . Bawa kepala mak awak kepada saya sebagai bukti ." kata perempuan itu dengan sinis
" Ke .. kepala mak sa.. saya ? Baik la . Saya sanggup buat !"
Lelaki tu pun pulang ke rumahnya untuk memenggal kepala emaknya
############
Di rumahnya ..
"Ali , anak mak! Kau dari mana je pergi , nakk .. Kenapa senja-senja baru balik ? Risau mak tunggu kau Ali" tanya emak Ali dengan prihatin.
Namun, Ali hanya diam tanpa menjawab pertanyaan emaknya.
"Eh , Ali .. Kenapa kau diam je ni , nakk .. Kau lapar ke ? Mak ada masakkan untuk kau . Makanan kegemaran kau lagi . Meh la sini , makan . Meh meh .."
Ali dan emaknya pun menuju ke dapur . Kemudian, emaknya menuju ke rak pinggan untuk mengambilkan pinggan untuk Ali manakala Ali menuju ke sinki untuk mengambil parang
"Eh , kau nak buat apa dengan parang tu , nak . Bahayaa .. tajam tu . Letak la balik nakk .. " ujar emak Ali dengan risau.
Namun, Ali hanya menuju ke arah emaknya sambil menghunuskan paranganya
"Mak ! Ali nak kepala mak ! Ali kena buktikan cinta Ali ! Maafkan Ali mak .."
"Eh nakk . Jangan buat mak macam ni , nak . Kasihani la mak , Ali .."
"Ali tak peduli , Ali nak kepala mak jugak ! Ahahhahaha" kata Ali sambil gelak terbahak-bahak
Akhirnya, Ali berjaya memenggal kepala maknya lalu memasukkannya ke dalam guni. Tanpa Ali ketahui, syaitan juga turut berteouk-tampar kerana berjaya menghasut anak Adam. Kemudian ,Ali pun berjalan menuju ke rumah perempuan Yahudi itu dengan gembira. Tiba-tiba, Ali terjatuh secara berguling-guling.
"Biadap punya batu ! Habis luka lutut aku . Puihh !" marah Ali kepada batu yang tidak berdosa itu.
"Ali , Ali kenapa , nak ? Lutut Ali luka ke ?Meh sini mak ubatkan ... Kenapa Ali tak hati-hati ,nak ? " tanya kepala emak Ali itu.
"Eh ! Kenapa kepala mak masih bercakap ni ? Eii , buat aku takut je . Diam laaa !" jerit Ali lalu menghentakkan kepala emaknya ke batu.
##########
"Awak , saya dah bawa kepala mak saya . Kan saya dah janji nak buktikan cinta saya kepada awak ." kata lelaki Islam itu dengan gembira.
"Ahahahahahaha . Ini ke yang awak mengaku yang awak ni orang islam ?! Ini ke ????! Apa yang saya nampak , awak hanya menghancurkan islam ! Hanya disebabkan cinta , awak sanggup penggal kepala mak awak ! Mak awak tuu ! Hey, sedar la sikit ! Maaf , saya tak boleh terima awak . Maaff .." kata perempuan Yahudi itu lalu berlalu pergi meninggalkan lelaki itu.
" Awak , jangan tinggalkan saya ! Saya cintakan awak ! Awak yang suruh saya buat semua ni ! Awakkk .." jerit lelaki itu sambil menangis meraung-raung.
"Ali , kenapa menangis, nak ? Kan mak da kata , selagi mak masih ada Ali tak boleh menangis . Ali tahu mak sayang Ali , kan? .Sayaaang sangat-sangat" kata kepala mak Ali itu.
"Mak ! Ali minta maaf . Ali minta maaf sangat-sangat , makk.." ujar Ali lalu memeluk kepala emaknya itu.
=> nampak tak ? hanya disebabkan cinta , manusia hilang kewarasannya . nampak tak yg cinta tu telah membuatkan manusia buta ? membutakan mata hatinyaaa ..
No comments:
Post a Comment