Friday 11 November 2016

Bukti Cinta Itu Buta

     "Awak,saya suka awak . Dah lama saya pendam . Ni la masanya untuk saya luahkan kat awak . Sudi kah awak jadi isteri saya ? Tolong la , terima . Saya sanggup buat apa-apa saja asalkan awak terima saya ." kata seorang lelaki yang beragama Islam.

     "Betul awak suka saya ? Betul awak nak kahwin dengan saya ? Betul awak sanggup buat apa-apa untuk saya ? " kata perempuan Yahudi itu.

     "Ya ! Saya sanggup buat apa-apa pun untuk awak . Awak cakap je apa yang saya perlu buat" jawab lelaki itu dengan yakin..

     " Saya nak awak penggal kepala mak awak . Bawa kepala mak awak kepada saya sebagai bukti ." kata perempuan itu dengan sinis
 
     " Ke .. kepala mak sa.. saya ? Baik la . Saya sanggup buat !"

     Lelaki tu pun pulang ke rumahnya untuk memenggal kepala emaknya

                                                     ############

Di rumahnya ..

     "Ali , anak mak! Kau dari mana je pergi , nakk .. Kenapa senja-senja baru balik ? Risau mak tunggu kau Ali" tanya emak Ali dengan prihatin.

     Namun, Ali hanya diam tanpa menjawab pertanyaan emaknya.

      "Eh , Ali .. Kenapa kau diam je ni , nakk .. Kau lapar ke ? Mak ada masakkan untuk kau . Makanan kegemaran kau lagi . Meh la sini , makan . Meh meh .."

      Ali dan emaknya pun menuju ke dapur . Kemudian, emaknya menuju ke rak pinggan untuk mengambilkan pinggan untuk Ali manakala Ali menuju ke sinki untuk mengambil parang

     "Eh , kau nak buat apa dengan parang tu , nak . Bahayaa .. tajam tu . Letak la balik nakk .. " ujar emak Ali dengan risau.
 
     Namun, Ali hanya menuju ke arah emaknya sambil menghunuskan paranganya

     "Mak ! Ali nak kepala mak ! Ali kena buktikan cinta Ali ! Maafkan Ali mak .."

     "Eh nakk . Jangan buat mak macam ni , nak . Kasihani la mak , Ali .."

    "Ali tak peduli , Ali nak kepala mak jugak ! Ahahhahaha" kata Ali sambil gelak terbahak-bahak

      Akhirnya, Ali berjaya memenggal kepala maknya lalu memasukkannya ke dalam guni. Tanpa Ali ketahui, syaitan juga turut berteouk-tampar kerana berjaya menghasut anak Adam. Kemudian ,Ali pun berjalan menuju ke rumah perempuan Yahudi itu dengan gembira. Tiba-tiba, Ali terjatuh secara berguling-guling.

      "Biadap punya batu ! Habis luka lutut aku . Puihh !" marah Ali kepada batu yang tidak berdosa itu.
     
     "Ali , Ali kenapa , nak ? Lutut Ali luka ke ?Meh sini mak ubatkan ... Kenapa Ali tak hati-hati ,nak ? " tanya kepala emak Ali itu.

      "Eh ! Kenapa kepala mak masih bercakap ni ? Eii , buat aku takut je . Diam laaa !" jerit Ali lalu menghentakkan kepala emaknya ke batu.

                                                                  ##########

      "Awak , saya dah bawa kepala mak saya . Kan saya dah janji nak buktikan cinta saya kepada awak ." kata lelaki Islam itu dengan gembira.

     "Ahahahahahaha . Ini ke yang awak mengaku yang awak ni orang islam ?! Ini ke ????! Apa yang saya nampak , awak hanya menghancurkan islam ! Hanya disebabkan cinta , awak sanggup penggal kepala mak awak ! Mak awak tuu ! Hey, sedar la sikit ! Maaf , saya tak boleh terima awak . Maaff .." kata perempuan Yahudi itu lalu berlalu pergi meninggalkan lelaki itu.

     " Awak , jangan tinggalkan saya ! Saya cintakan awak ! Awak yang suruh saya buat semua ni ! Awakkk .." jerit lelaki itu sambil menangis meraung-raung.

     "Ali , kenapa menangis, nak ? Kan mak da kata , selagi mak masih ada Ali tak boleh menangis . Ali tahu mak sayang Ali , kan? .Sayaaang sangat-sangat" kata kepala mak Ali itu.

     "Mak ! Ali minta maaf . Ali minta maaf sangat-sangat , makk.." ujar Ali lalu memeluk kepala emaknya itu.


=> nampak tak ? hanya disebabkan cinta , manusia hilang kewarasannya . nampak tak yg cinta tu telah membuatkan manusia buta ? membutakan mata hatinyaaa ..

Aroma Rindu

                                 
                          


Lima tahun lalu..

          “Rindunya nak macam dulu-dulu. Kita makan sama-sama, main sama-sama, gurau sama-sama.. tapi sekarang, hmm..” omel Emyshamiera Azrisha sambil mengusap gambarnya bersama kakaknya, Emma Azumi.

                                       **********

          Emyshamiera Azrisha sedang berjalan menuju ke perpustakaan universitinya sambil membaca sebuah buku yang berjudul ‘Aku Ada Wali’. Pada masa yang sama, seorang lelaki sedang berbual-bual di dalam telefon sambil berjalan bertentangan dengan Emy. Tiba-tiba, mereka terlanggar antara satu sama lain.

             “Haihhh, mata tu guna la! Ada ke baca buku sambil berjalan,” marah lelaki yang telah terlanggar Emy sambil menunduk untuk mengutip telefonnya yang telah jatuh.

          “Maaf, maaf,” pinta Emy sambil mengutip semula bukunya yang turut terjatuh. 

          Secara kebetulan, mereka telah bertentang mata. Emy cepat-cepat menundukkan pandangan kerana telah mencemari matanya dengan mata ajnabi.

          “Huishh, cantik gila la minah ni,” puji Nuzul Yusuf, lelaki yang telah melanggar Emy di dalam hati.

         “Eh, saya pun minta maaf juga. Salah saya juga . Hehehe,” kata Nuzul sambil tersengih.

          Emy hanya menganggukkan kepalanya lalu berjalan menuju ke perpustakaan dengan segera.

         “Huyyoo... main janam-janam pulak kau ni . Kau kenapa tiba-tiba matikan telefon,hah? Aku dah fikir kau dah mati katak kat tengah jalan sebab kena langgar lori laa . Hahahaaha,” kata Effi Ejaz, rakan karib Nuzul Yusuf sambil ketawa terbahak-bahak.

          “Hoi! Mulut kau tak boleh celupar lagi ke? Aku sekeh kepala kau baru tahu.”marah Nuzul Yusuf sambil memaut bahu Effi Ejaz dengan kasar.

          “Rileks la. Gurau sikit pun tak boleh. Hah, ni aku nak tanya. Siapa minah tadi tu ? Cun gila la,wei! Boleh la aku cucuk jarum,” kata Effi Ejaz sambil tersenyih.

          “Cun tu memang cun tapi kau tak payah nak mengada. Tu aku punya, okey!  Haa.. ni aku nak cerita. Tadi, aku kan tengah sembang dengan kau dalam telefon, tiba-tiba aku terlanggar minah cun tu. Aku pon tunduk la nak kutip balik telefon aku yang jatuh tu, tiba-tiba mata aku bertentang mata dengan mata dia,wei ! Aduhh, terabur iman aku. Ni yang aku rasa nak tackle dia ni,” jelas Nuzul Yusuf kepada Effi Ejaz.

          “Hah, iman kau terabur? Kutip la balik. Kutip la balik,” kata Effi Ejaz sambil ketawa terbahak-bahak.

          Nuzul Yusuf pun turut ketawa dengan terbahak-bahaknya tanpa sedar hal itu boleh menyebabkan hati mereka menjadi semakin hitam. Kemudian, mereka pun berjalan menuju ke perpustakaan universiti mereka. 

                                                                *************

Di perpustakaan UiTM Shah Alam..

          “Yusuf, tu la minah cun yang kau terlanggar tadi kan? Eh,kenapa tudung dia labuh, wei? Baju dia pun nampak kolot je. Kau serius ke tackle dia ni?” ejek Effi Ejaz.

          “Tak serius kenapa pula. Takat nak game je apa salahnya kan? Hahahaha,” kata Nuzul Yusuf sambil ketawa.

          “Hahahaha. Bukan apa, aku risau je dia reject kau. Yelah, dia kan apa namanya tu? Hah, muslimah katanya. Nak ke dia terima kau?” sindir Effi Ejaz.

          “Eh, kau tengok nanti! Tak pernah lagi ada orang yang reject aku, okey,” kata Nuzul Yusuf dengan berkobar-kobar.

          “Okey, kita tengok. Yelah, kau kan memang suka mimpi di siang hari,” perli Effi Ejaz.

          Nuzul Yusuf hanya membiarkan Effi Ejaz membebel sendiri lalu berjalan menuju ke arah dua orang perempuan yang sedang membaca buku itu.

         “Assalamualaikum.. Eh,hai orang yang saya terlanggar tadi! Boleh kita berkenalan? Nama saya Nuzul Yusuf. Sedap kan?” tanya Nuzul Yusuf dengan gentleman.

         “Saya rasa tak perlu,” ujar Emyshamiera Azrisha sambil menarik tangan rakan karibnya, Irish Irene untuk keluar daripada perpustakaan itu.

        “Eh eh, bunga? Siapa nama bunga? Hehehe,” kata Nuzul Yusuf sambil tersengih-sengih.

          Emyshamiera Azrisha berhenti tanpa menoleh ke arah Nuzul Yusuf lalu berkata,

         “Maaf, saya tak layan ajnabi” kata Emyshamiera Azrisha lalu berjalan menuju ke pintu keluar perpustakaan itu.

          Nuzul Yusuf hanya terkedu selepas mendengar jawapan yang diberikan oleh Emyshamiera Azrisha itu. Kemudian, Effi Ejaz berjalan menuju ke arah Nuzul Yusuf sambil ketawa.

          “Hahahahaa.. Hot playboy kene reject! Hhahahaa..” perli Effi Ejaz sambil ketawa terbahak-bahak.

          Nuzul Yusuf hanya tersengih sambil memikirkan cara untuk mendapatkan perempuan itu.

                                                                     **********

          Emyshamiera Azrisha sedang melipat baju di ruang tamu rumahnya sambil termenung. Peristiwa pagi tadi masih segar di dalam ingatannya walaupun dia telah cuba untuk mengusirnya daripada fikirannya. Tiba-tiba ...

          “Hahh! Termenung apa ni, Emy?” sergah Emma Azumi,kakaknya dari belakang.

         “Astagfirullahalazim. Emma ni, buat Emy terkejut je.” Omel Emyshamiera Azrisha sambil menarik muka.

         “Emy la ni. Lipat baju pun sempat termenung. Emy kenapa? Ada masalah ke? Share la dengan Emma,” soal Emma Azumi dengan prihatin.

         “Emy tak ada masalah. Cuma Emy rasa, Emy dah jatuh cinta la. Tapi, dia tu hot playboy kat universiti tau. Haihh!” jelas Emyshamiera Azrisha sambil mengeluh.

          “Eh, apa mengeluh ni? Dah la, jangan fikirkan sangat benda ni. Apa kata Emy temankan Emma beli makanan? Argh.. laparnya”

         “Boleh, tapi Emma belanja ya?” pinta Emyshamiera Azrisha sambil membuat muka comel.

       “Okey set!”

                                                       **********

Di Restoran Sufian Tomyam...

          “Emma! Emma! Tu la lelaki yang Emy cakap tadi,” kata Emyshamiera Azrisha dengan gembira sambil menuding jarinya ke arah seorang lelaki.

          Emma Azumi menoleh ke arah lelaki yang dimaksudkan oleh Emyshamiera Azrisha. Apabila matanya bertentang dengan lelaki itu, Nuzul Yusuf mengenyitkan matanya kepada Emma Azumi. Hal itu telah menyebabkan Emma Azumi berasa sangat terkejut.

          “Emma kenapa main mata dengan dia pulak ni?” rengek Emyshamiera Azrisha.

        “Eh, mana ada. Emy, jom la kita balik. Tiba-tiba Emma tak ada selera la nak makan. Jom laa..” ujar Emma Azumi sambil menarik tangan Emyshamiera Azrisha.

          “Emma ni kenapa? Dah la tadi main mata dengan dia. Ni tiba-tiba nak balik. Haa... ni mesti kes Emma pun suka dia kan?Yelah, apa orang kata?Dari mata turun ke hati. Hahahaaha”

          “Bukan macam tu la, Emy. Emma cuma nak pesan. Nuzul tak baik. Emma harap, Emy boleh lupakan dia. Emma minta tolong sangat-sangat.”

         “Mana Emma tahu nama dia Nuzul? Eii.. pelik la Emma ni. Emma jangan macam-macam ye. Nuzul tu Emmy punya, okey!”

         “Emma tak nak pun Nuzul tu. Lagipun, Nuzul tu tak baik, Emy. Dia memang tak baik”

          “Apa-apa je lah,” kata Emyshamiera Azrisha lalu meninggalkan Emma Azumi di belakang.

                                                       ****************

Keesokan harinya...

          Emyshamiera Azrisha sedang duduk di salah satu pondok yang terdapat di universitinya sambil membaca buku. Tiba-tiba, dia terdengar satu bisikan yang menyuruhnya untuk menayangkan gambarnya di Instagram.

          “Bosannya la baca buku ni je. Apa kata aku selfie? Lagipun, apa guna ada kamera kat telefon aku kalau tak digunakan kan?” kata Emyshamiera Azrisha lalu selfie dan meng-upload-nya di dalam Instagram.

          “Wah, cantiknya awak dalam Insta ni. Nama awak Emyshamiera Azrisha rupanya. Sedap nama awak. Sepatutnya, awak upload gambar awak banyak-banyak kat Insta dari dulu tau. Baru la semua orang tahu yang awak ni cantik,” puji Nuzul Yusuf yang datang secara tiba-tiba.

          Emyshamiera Azrisha hanya tersenyum mendengar pujian yang diberikan oleh Nuzul Yusuf.

          “Boleh tak saya panggil awak, Schaa? Sedap sikit.”

          “Boleh je. Apa salahnya.”

          “Awak, nak tahu tak? Awak tu ibarat matahari dalam hidup saya tau. Tanpa awak, gelap la saya. Awak nak tak jadi girlfriend saya? Saya janji, saya akan pastikan yang awak akan jadi perempuan yang paling bahagiaaaa kat dunia ni,”

          “Why not, right ?”

          “Yes! Akhirnya kau termakan juga dengan kata-kata manis aku. Rupa-rupanya, kau sama je macam perempuan yang lain. Hehh!” kata Nuzul Yusuf di dalam hati dengan sinisnya.

          Akhirnya, Emyshamiera Azrisha terpedaya juga dengan hasutan syaitannirrajiiimmm . Tanpa disedari, Emma Azumi ternampak apa yang berlaku di antara mereka daripada jauh.



                                                     **********

Di bilik Emma Azumi...

          “Nuzul, kenapa kau buat macam ni kat Emy? Ye, aku tahu aku salah sebab permainkan kau dulu. Kan sepatutnya kau balas dendam kat aku je. Perlu ke kau balas dendam kat Emy?” kata Emma Azumi dengan tersedu-sedan sambil memegang gambarnya bersama bekas teman lelakinya, Nuzul Yusuf pada dua tahun yang lalu.

          “Emma! Emma! Emma nak tahu tak? Emy dengan rasminya dah jadi girlfriend Nuzul!” kata Emyshamiera Azrisha yang datang secara tiba-tiba dengan riangnya.

          “Emy, kan Emma dah pesan. Nuzul tu tak baik. Kenapa Emy ni degil sangat? Lagipun, couple ni kan berdosa?” kata Emma Azumi sambil menyimpan semula gambar yang dipegangnya tadi ke dalam poket seluarnya.

          “Alah.. kau jealous kan? Sebab tu kau suruh aku jangan dekati Nuzul. Eii... tolong la. Kalau orang tu dah tak nak tak payah la nak terhegeh-hegehkan lagi!” kata Emyshamiera Azrisha dengan angkuh.

          “Emy jangan biadap ye! Bahasa tu jaga sikit. Ingat sikit yang Emma ni kakak Emy!”

          “Kakak apa kalau macam ni! Dengan adik sendiri pon nak jealous! Lebih baik takde kakak laaa!” tengking Emyshamiera Azrisha

        “Emy!” jerit Emma Azumi sehingga menyebabkan tangannya tertampar pipi Emyshamiera Azrisha dengan spontan.

          “Mulai hari ni, kau bukan kakak aku lagi! Aku pun tak ingin la nak ada kakak kalau kakak tu macam kau!” tengking Emyshamiera Azrisha sambil memegang pipinya yang terasa kebas lalu berjalan keluar daripada bilik itu.

          “Emy, Emma minta maaf. Emma tak sangka benda ni akan jadi teruk macam ni. Emy tak patut jatuhkan maruah Emy sebagai seorang muslimah macam ni.” Kata Emma Azumi di dalam hati dengan sedihnya.

          Sejak hari itu, hubungan adik-beradik di antara Emma Azumi dan Emyshamiera Azrisha semakin dingin. Malahan, mereka sudah tidak bertegur sapa lagi walaupun mereka duduk serumah.

                                                                       **********                         

Seminggu kemudian..

          “Fika, Fika nak tahu tak? Emy kan, dah jadi girlfriend Nuzul! Dah seminggu tau.” Kata Emyshamiera Azrisha dengan gembiranya.

          “Eh, betul ke?Kenapa aku tak tahu ni? Amboi kau! Diam-diam berisi. Haihh, untungnya la kau.” Kata Fika Farisha. Namun, tiada siapa yang tahu di dalam hatinya menghina Emyshamiera Farisha.

         “Eh, apa yang kau pegang ni?” kata Fika Farisha sambil menudingkan jarinya ke arah sebuah kotak yang dipegang oleh Emyshamiera Nuzul.

          “Haa.. kalau Fika nak tahu, ni kek! Hari ni birthday Nuzul tau. Jadi, Emy nak bagi Nuzul kek! Acah suprise gitu!”

Pada masa yang sama...

          “Baby, bila baby nak clash dengan minah kolot tu? Tak suka la tengok baby bermesra dengan dia je. Jealous darling tau,” kata Elfira Elya,teman wanita Nuzul Yusuf sambil memuncungkan bibirnya.

          “Alaah.. darling sabar la jap. Baby pun bukannya nak bermesra sangat dengan minah tu. Dia je yang syok sendiri. Lagipun, ni tak cukup lagi untuk balas balik apa yang kakak dia,Emma Azumi buat kat Baby.”

          “Baby, dah la. Hentikan la semua ni. Kesian darling tengok dia. Ataupun, baby sebenarnya dah tak sayang darling?”

          “Sayang laa. Tunggu sikit je lagi, okey?” kata Nuzul Yusuf sambil memaut bahu Elfira Elya dengan manja.

          “Okey, demi baby, darling sanggup tunggu” kata Elfira Elya dengan manja lalu membalas pautan Nuzul Yusuf.

Tiba-tiba..

          “Emy tak sangka Nuzul sekejam ni!” jerit Emyshamiera Azrisha sehingga menyebabakan kotak kek yang dipegangnya tercampak ke muka Nuzul Yusuf.

          “Eh, kau dah kenapa meroyan kat sini?!! Hey, sedar la diri sikit! Takkan la orang yang hensem macam Nuzul ni nak kat perempuan macam kau! Lain la aku. Seksi, cantik, bergaya. Tak macam kau, kolot! Macam langit dengan bumi tau!” ejek Elfira Elya.

          “Heshh, jahatnya mulut kau!” jerit Emyshamiera Azrisha sambil menarik mulut Elfira Elya.

          “Emy, stop! Alang-alang tembelang dah pecah, biarlah aku straight to the point. Kau tu, hanya bahan untuk aku balas dendam kat Emma je. Betul la cakap Elfira. Kau tu dah la kolot. Dengan baju besar gedabak, tudung macam telekung. Takkan la aku nak kat perempuan macam kau. Lagipun, aku fikir kau ni lain tau. Yelah, muslimah katanya. Tapi baru bagi ayat manis sikit je ,dah cair. Cair!”

          Emyshamiera Azrisha hanya menangis tersedu-sedan mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Nuzul Yusuf. Baru dia sedar, apa yang dikatakan oleh Emma Azumi memang betul. 

          “Fika, Emy balik dulu tau. Emy nak cari kakak Emy,Emma! Emy nak minta maaf kat Emma sebab tak dengar cakap Emma.” Kata Emyshamiera Azrisha sambil menangis meraung-raung.

           Emyshamiera Azrisha berlari menuju ke rumahnya. Ketika hendak melintas jalan untuk menuju ke rumahnya, Emyshamiera Azrisha ternampak Emma Azumi turut ingin melintas jalan secara bertentangan. Emyshamiera Azrisha berlari dengan gembiranya menuju ke arah Emma Azumi tanpa menyedari sebuah lori pasir yang sedang bergerak menuju ke arahnya.

          “Emy !” jerit Emma Azumi lalu menolak Emyshamiera Azrisha ke tepi jalan.

          Bak kata pepatah; malang tidak berbau, Emma Azumi telah dilanggar oleh lori pasir itu . Namun, lori pasir itu hanya meninggalkan Emma Azumi terbaring di atas jalan. Hal itu menyebabkan Emyshamiera Azumi pengsan kerana terkejut.

                                                                        **********

Di Tanah Perkuburan Islam Puchong..

          “Yaaasiinn..” baca Emyshamiera Azumi sambil menangis teresak-esak.

                                                                          **********

Lima tahun kemudian..


          “Andai dapat diputarkan balik masa, Emy takkan putuskan hubungan dengan Emma . Emy takkan lawan cakap Emma. Emy takkan jadi adik yang degil.” Kata Emyshamiera Azrisha sambil mengusap gambarnya dan kakaknya,Emma Azumi yang tergantung di dinding.

          “Emma, Emy rindu Emma. Rindu sangat-sangat. Emy pun nak ikut Emma juga!” jerit Emyshamiera Azrisha lalu menghantukan kepalanya ke gambarnya dan kakaknya yang tergantung di dinding berkali-kali.

          Tidak lama kemudian, Emyshamiera Azrisha telah dimasukkan ke Hospital Tanjung Rambutan, Ipoh kerana telah disahkan sakit jiwa disebabkan oleh rasa rindunya yang mendalam kepada kakaknya, Emma Azumi.

                                                  -Tamat -




Saturday 6 February 2016

Happy Belated Day ! 4 Februari eh ?

Assalamualaikum ! haii . meh sini , aku nak citer pasal aku kene 'prang' mase birthday aku . jahat punya kawan ! (ahahhaha . gurau je . jangan kecam sayaa ) citer nya cemini .. (pandang lngit ~) aku tengah gosok baju , tetibe FD kata duit firqah uthman (nama rumah sukan bagi warna biru) hilang ! terkejut kot . aku takot sangat kalau aku di sabotaj ke , ada orang dengki kat aku ke orang tu pegi letak duit tu kat beg aku ke . risau sangat sangat . tetibe , batch aku suruh semua turun kat pondok . aku pon turun la . dengan bangga nya aku cakap , "nak cakap pasal duit firqah uthman hilang ke ? sorry sikit eh , aku tak ambik okey ?" tetibe , diorang nyanyi 'allah selamat kan kamuu ~ ' wow ! terharu :'( (acaca je ) lepas tu , semua saling menyalahkan siapa yang curi duit tu . sebab hari tu birthday aku en ? so , aku cakap la " tolong la jangan gaduh sebab aku " ( ok . semua pandang slak kat aku :33 ) . tetibe , KB ( ketua asrama) datang kat pondok , dia marah marah AH (ajk form 3 firqah uthman) sebab hilangkan duit tu . KB pon suruh la semua batch aku masuk dorm 3 (dorm aku!) . KB sesedap ajinomoto je cakap , "batch korang ni teruk ! sampai ade yang mencuri !" . KI (ketua dorm aku) marah marah la KB sebab buat kecoh kat dorm dia . KF (exco dakwah dan tarbiah) pon masuk la campur . KB pon balas la balik " kau siapa ? kau tu ketua dorm je ! aku ni ketua asrama , tau ! kau pulak KF , sekali aku suruh warden lucut jawatan kau , baru kau tahu !" aku rasa , alaa .. diorang acaca je tu . nak testing berlakon kot :3 aku pon relaks je baring kat katil , baca novel . tetibe , aku terpandang loker aku . asal loker aku terbuka sikit eh ? aku pegi la kat loker nak tutup balik . tetibe , KB mention nama aku ! terasa macam darah da tak mengalir ~ tetiba , aku nampak KB pegang buku aku . oh no ! aku harap sangat aku tak kene sabotajjjj !!



 KB : ni buku kau kan ?

 aku : haah . kenapa eh ?

 KB : kau asal nak mencuri ? kau nak buat ape dengan duit ni ? mustahil la kau ade duit sebanyak ni !

aku : tak , aku tak ambik !

 KB : kau takpayah nak tipu aku la ! baik kau mengaku ! kau nak kene buang asrama ke ?!

 aku : (gila , buang asrama ?) tak ! buat ape aku nak ambik ? ( jangan nangis , tinggikan ego kau)

 KB : yela . kau kan firqah uthman jugak kan . aku : tak ! aku tak ambik la . tolong la percaya . *aku pon pandang la batch aku , KI , KF*

batch aku : wei , kau amik ke ? mengaku je la . kau nak kene buang asrama ke ?

 KI : kau ni , KB . nak tarbiah orang pon biar la personal . perlu ke kat khalayak ramai ? aib tahu tak ?
KB : lantak aku la nak buat cemana . aku ni ketua asrama kan !

KF : nak tegur pon elok elok la . *pandang aku* kau amik ke , tolong la mengaku . kita selesaikan benda ni baik baik .

aku : tak la ! aku tak amik ! asal takde sesiapa yang percaya aku ? tolong la percaya ! sumpah , demi allah ! aku tak ambik ! *angkat tangan nak bersumpah*

KB : ok la aku malas nak besarkan benda ni . malas nak buat cara kasar . 'Selamat Hari Lahir'

aku : hah ? ape ni ? *terduduk dan menangis* semua : allah selamatkan kamu ~ oh no ! ego aku jatuh ~ :33

 *bunyi loceng*

 aku : wei , jom makan . lapar la . mata aku tak sembap sangat en ?

FD : tak la sangat . tapi nampak la kau baru nangis :3

 *masuk dm*

 tetibe , aspura nyanyi 'allah selamat kan kamu , ay_ _ _i ~ ' huish ! siapa la kembar aku eh ? aku pon pegi la amik mi sup . tetibe acik dm cakap " eh , birthday boy , meh sini amik popcorn ni ." semua pon cakap " wuuuu ~ " aku pon cakap la kata FD " kalau macam tu , aku pon nak jugak . hihu" . aku pon pegi la duduk . FD cakap kat acik dm " acik , hari ni pon birthday dia !" * tunjuk aku* eh , dia ni ... aku lepuk jugak kang FD ni . acik dm pon cakap , "oh ade jugak birthday girl hari ni ? meh meh amik popcorn ni sekali " semua pon cakap "wuuu~" haish , malu aku :3 aku pon amik laa . syes aku cakap , thanks ! thanks a lots ! rasa macam , wowzess ! rasa gembira gile laaa !! rasa di hargai sangat sangat . first , aku fikir batch aku taknak buat prang la . cuba husnodzon ( sangka baik) maybe sebab hari sekolah . tapi rupanya , haishh ! Btw , FOA , dorm 3 , aspuri di hatii !!

Sunday 24 January 2016

Let's go to eatt !

kenapa kita disunnahkan supaya kunyah makanan sekurang-kurangnya 40 kali bila makan ? menurut pelajaran sains yg aku belajar minggu lepas , :33 sebab .. bila kita kunyah 40 kali , baru jadi 'setitik' darah merah kita . habis tu , macam mana kalau kita baru masukkan makanan dalam mulut terus telan ? tercekik la ponn :33 (ok xlawak) -,- haaa .. sambil tu , nak cakap jugak bila kita tengah makan . *first , baca doa tu pentingg ;-) takkan la tiap kali makan je mesti baca 'bismillahil awalul akhir' ? *second , sebelum makan tu , pandang makanan tu dengan ghairahh . umphh ! takde la kita asyik makan tambah tambah sampai gemok gedempol sepak masuk gol ! yeayy ( ok termasuk topik lain pulak ) *third , makan sambil berzikir . sebab, orang kafir makan bising . orang nasrani makan senyap . orang islam pulaa , makan la sambil berzikir . kita orang islam en ? intihannya , (amik kau ! bahasa melayu tinggi . bole la tambah kat karangan :3) kita perlulah makan dengan dengan beradab supaya selamat di jalan raya ( ahahahah . merapu daa ) ok la baii .. assalamualaikum !

Ice Breaking o_O

Assalamualaikum . . hai hai haiii ! haaa .. meh sini nak citer sikit pasal aku . nama , nuufaa a.k.a. inche tengku :33 (mohon jangan muntah hijauu) . aku selaluu sangaaat berangan nak jadi tengku >< yelaa . mana la tahu aku ni memang ank tengku ke ;-) macam novel 'Istana Airi' mana tahu en ? ahahahha (ok tak lawak ) -,- nak tahu tak sebab ape aku nak buat blog ? cakap laa nak !! -,- ahahaha . ok abaikan . otak ni mereng sikit :33 minggu lepas , kat asrama (aku duduk asrama) ade usrah (maksudnya keluarga a.k.a. untuk semua rasa allah hebat) kitorang kene cari nama kumpulan . kategorinya adalah 'blogger' . first , group aku ambil 'mr. theallshared' . tapi macam ramai pulak yang ambil . jadi , kitorang pon ambil la ' budak tomato' . (suka buku esc. besttt sanggattt !) . tetiba , lagi ramai yg buat budak mato o_O so , tu la inspirasi aku nak buat blog (ahahahha . xde kene mengena langsung) . aku xtahu la kenapa beria sangat aku nak buat blog . masih pikir lagi , blog ni nak buat diari ke macam mana eh ? tgok je laaa . harap , blog yang aku buat ni , 'agak' berguna untuk sesiapaaa :-D